Berbalik kepada topik kita, sebenarnya sudah ada kajian yang dibuat oleh
para arkeologis barat dan dari negara jiran sendiri yang menunjukkan
bahawa budaya piramid sebenarnya berasal dari Nusantara. Lebih tepat
lagi ianya dikaitkan dengan sebuah benua yang telah tenggelam iaitu
Sundaland. Sudah lama sebenarnya saintis-saintis barat mengeluarkan
teori mereka mengenai Sundaland dan kebanyakan teori ini memang benar.
Namun demikian sebahagian besar ahli-ahli arkeologi , geologi dan
Sejarah aliran perdana masih meraguinya kerana menurut mereka ini semua
pseudoscience dan arkeologi terlarang. Seperti yang kita tahu sebenarnya
banyak penemuan arkelologis yang terpaksa dirahsiakan oleh
kerajaan-kerajaan tertentu kerana ia bercanggah dengan teori-teori
ilmuan perdana. Namun yang benar tetap akan tersingkap walau bagaimana
carapun kita menutupnya bak kata orang Melayu bangkai gajah kalau
ditutup akan berbau juga.
Di negara jiran kita Indonesia beberapa Ahli arkeologi dan geologi
ternama mereka sedang giat untuk membuktikan bahawa sememangnya tanah
Nusantara ini wujud sebuah ketamadunan purba yang tinggi teknologinya.
Salah satu teknologi tamadun purba ini adalah pembinaan piramid.
Professor Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa
sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi
sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah
benua yang telah tenggelam. Menurut beliau lagi Sundaland yang
tenggelam lebih kurang 70000 tahun yang lalu telah memperlihatkan
penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke
serata dunia termasuklah Mesir.
Kajian yang dibuat beliau bukan sahaja menyetuh tentang bukti-bukti
arkeologi tetapi juga bukti linguistik, antropologi, DNA, dan geologi.
Oleh itu adalah sukar untuk menyangkal teori yang dibuat beliau tanpa
pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut. Tambah beliau lagi
tamadun-tamadun utama dunia seperti Sumer, China, Bolivia, Peru dan
lain-lain mendapat ilmu mereka dari orang-orang Sundaland yakni
Nusantara. Menurutnya lagi manusia dari Sundaland ini mempunyai ilmu
pelayaran yang hebat dan telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia untuk
menyebarkan tamadun mereka. Adakah anda pernah menonton filem 10 000
b.c? jika belum sila tonton kerana dalam filem itu ada maksud
tersembunyi. Jika kita teliti betul-betul dalam babak akhir filem
tersebut setelah kesemua hamba-hamba itu memberontak para penguasa yang
mengarah untuk membina piramid tersebut cuba melarikan diri dengan
sebuah kapal besar yang disembunyikan di belakang Piramid. Filem ini
dengan jelas cuba memberi clue kepada kita bahawa Pembina piramid datang
dari wilayah asing yang jauh.
Mungkin maklumat ini terlalu asing bagi kalian semua namun sebenarnya
kenyataan Prof Robert ini ada asasnya. Seperti yang telah saya katakana
Ahli-ahli arkelologi Indonesia sedang giat mencari piramid-piramid di
seluruh Nusantara dan hasilnya mereka berjaya menemui beberapa buah
piramid dan step piramid yang berusia beribu-ribu tahun lebih tua dari
piramid Mesir! Salah satu tapak yang telah dikenal pasti oleh geologis
dan arkelologis Indonesia ialah di gunung Lalakon, Bandung. Menurut
mereka setelah mereka mengadakan unjian batuan secara saintifik mereka
mendapati dibawah permukaan Gunung lalakon terdapat bentuk batu-batuan
yang seakan-akan dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi.
Jika ini benar bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang
terbesar dan tertinggi di dunia. Pasukan yang digelar Turangga Seta ini
mengklaim masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh
Indonesia. Mereka mengatakan bahwa piramid-piramid itu tersebar di
Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Secara
geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip
di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid. Mereka
memiliki empat sisi yang ternyata simetri.
BENTUK GUNUNG LALAKON ADALAH TIDAK UBAH SEPERTI PIRAMID. MAMPUKAH ALAM SEMULAJADI MEMBENTUK PIRAMID SEBEGINI?
Adakah penemuan ini sama seperti penemuan di Bosnia. Saya juga mendapat
maklumat bahawa penggalian di Bosnia telah dihentikan kerana kurang
bukti ditemui dan dihalang oleh lembaga Arkeologi yang berpengaruh di
dunia. Mengapa mereka betul-betul takut jika piramid ditemui di Bosnia
atau di Indoneisa agaknya?
PUNDEN BERUNDAK DI JAWA BARAT YANG BERBENTUK PIRAMID
Selain daripada Gunung-gunung yang disebutkan diatas sebenarnya ada
banyak lagi tapak lain terutama tapak megalitik di Indonesia yang
mempunyai binaan berupa piramid dan step piramid. Antaranya ialah Candi
Sukuh yang amat terkenal itu. Jika kita lihat betul-betul Candi ini
tidak ubah seperti piramid kaum Maya dan Aztec di Amerika tengah! Selain
Candi Sukuh satu lagi candi yang hampir serupa ialah Candi Cheto. Semua
ini terletak di Pulau Jawa. Sebenarnya jika kita membuat kajian lebih
mendalam ciri-ciri pembinaan candi-candi di Nusantara adalah amat unik.
Hal ini kerana ianya berasaskan kepada binaan step piramid. Contoh yang
paling nyata ialah candi Borobudur sendiri. Selain Borobudur candi-candi
lain seperti Candi pasemah di Sumatera selatan dan Candi Prambanan
terutama di bahagian atasnya yang melambangkan Gunung Mahameru juga
mempunyai asas step piramid. Jadi pada pendapat saya adalah logik
sekiranya kita katakan bahawa pembinaan piramid adalah tidak asing
sebenarnya di Nusantara.
CANDI SUKUH SALAH SATU CANDI UNIK YANG BERBENTUK PIRAMID
CANDI CHETO JUGA BERBENTUK SEPERTI PIRAMID AMERIKA TENGAH
PUNDEN BERUNDAK, SALAH SATU TAPAK MRGALITIK BERBENTUK STEP PIRAMID
CANDI BORUBUDUR JUGA DIBINA DENGAN ASAS PIRAMID
Masjid kampung laut.
Masjid Minang.
Rumah kaum Melayu Merina di Madagaskar juga mengekalkan bentuk 3 segi dan piramid.
Para pengkalji dari UKM sendiri pernah membuat kesimpulan bahawa di
sekitar Tasik Chini ada bukit-bukit yang berbentuk seperti piramid yang
mempunyai empat bucu yang lurus. Tambahan lagi jika kita lihat senibina
rumah-rumah Melayu di seluruh nusantara maka akan kita lihat tidak
hilangnya tradisi piramid dalam masyarakat kita. Apakah yang saya
maksudkan? yang saya maksudkan adalah senibina bumbungnya yang berbentuk
piramid dan antara contohnya ialah Masjid kampung laut. Apakah semua
ini? adakah benar piramid berasal dari Nusantara? Adakah benar Sundaland
adalah Atlantis yang dicari-cari selama ini? Saya tinggalkan persoalan
ini untuk anda semua fikirkan. Wallah hu a’lam.
0 komentar:
Posting Komentar