TEORI TANAH PUNT
dapat menyimpulkan bahawa teori Punt di Nusantara adalah lebih kukuh
berbanding dengan teori-teori lain. Pernah juga pendirian saya menjadi
goyah apabila membaca tentang kajian-kajian dari sarjana luar yang cuba
meletakkan Punt di kawasan mereka, namun setelah di illuminate oleh Cik
Sri dan melakukan lebih banyak pembacaan akhirnya pencerahan itu datang
juga. Seperti yang saya katakan, setelah membaca artikel Cik Sri saya
berusaha untuk membuat rujuk banding dan tidak menerima bulat-bulat
dengan penulisannya. Saya bertuah kerana mempunyai akses terhadap
perpustakan Universiti yang banyak menyimpan karya-karya sejarawan dari
seluruh dunia. Bila ada masa terluang maka disitulah tempat saya
bertapa. Salah satu buku yang telah dibaca saya adalah karya Sir Thomas
Stamford Raffles, The History of Java. Buku ini telah terlalu lama
berada dalam pandangan mata saya. Setiap kali masuk library saya pasti
akan ternampak buku yang agak besar dan tebal ini.
Namun sebelum membaca penulisan Cik Sri, seingat saya hanya sekali
sahaja saya pernah membaca buku ini itupun tidak habis, sekadar mencari
bahan untuk menyiapkan kertas projek. Setelah membacanya semula, saya
menemui kenyataan yang amat menarik ditulis oleh Raffles. Beliau
menyatakan bahawa sememangnya ada petunjuk yang menyatakan bahawa
terdapatnya pertapakan masyarakat Mesir purba di kawasan kepulauan
Melayu atau Nusantara. Melalui kajian yang dilaksanakan beliau dengan
mengumpul sumber-sumber lisan daripada pelbagai suku kaum rumpun Melayu
di Nusantara ini, ada diantaranya yang menyatakan bahawa nenek moyang
mereka telah berlayar dari Laut Merah dan mengembara ke Alam Melayu
beribu-ribu tahun dahulu. Tambah beliau lagi ianya mungkin berlaku
dikala Alam Melayu atau Nusantara ini masih sebuah daratan besar dan
bercamtum. Ini bermakna jika penghijrahan ini benar-benar berlaku
berkemungkinan besar ia berlaku pada penghujung zaman Pleistosien kalau
tak silap saya lebih kurang 10 ke 8 ribu tahun yang lampau. Adakah ini
benar? Pendapat Raffles ini patut dikaji dengan lebih teliti oleh
sarjana zaman sekarang.
Selain itu menurut Raffles masyarakat yang berhijrah dari Mesir melalui
laut merah tersebut adalah daripada pelbagai jenis suku yang
masing-masing ada pegangan atau kepercayaan yang berbeza diantara satu
sama lain. Di Nusantara mungkin mereka berpecah dan membentuk pelbagai
suku rumpun Melayu yang mempunyai pelbagai corak kehidupan atau adat
yang berbeza. Jika ini benar pada pendapat saya mereka ini juga
mempunyai satu bahasa yang sama pada asalnya. Dan bahasa inilah yang
dikelaskan sebagai bahasa Austronesia atau Melayu yang masih wujud
sekarang. Secara peribadi saya sememangnya lebih berat untuk menyebelahi
teori ini, kerana sebagai seorang Islam kita seharusnya sudah tahu
bahawa the cradle of human civilization adalah di timur tengah. Di
situlah Adam dan Hawa beranak pinak dan dari sana jugalah keturunan
mereka menyebar keseluruh dunia. Oleh sebab itu saya kurang setuju
dengan teori-teori yang menyatakan bahawa kita berasal dari Yunnan, Asia
tengah, Afrika atau memang berasal dari Nusantara. Bangsa kita
sebenarnya sudah tua saudara-saudara sekalian…ya, sudah tua. Kita bukan
bangsa baru yang tak tahu mana hujung pangkal macam bangsa Sam-Sam
Merong Maha Prasad, kita bangsa tua yang pernah mengecapi dan melalui
tamadun-tamadun silam sejak zaman Nabi Idris mungkin (?)
Baiklah, berbalik kepada isu kita mengapa saya katakan teori Tanah Punt
di Nusantara adalah lebih kukuh berbanding teori lain. Bagi pengetahuan
anda semua, penulisan saya ini sebahagian besarnya adalah hasil
pembacaan daripada kajian Prof Charles Robert Jones. Jadi
saudara-saudari sekalian sekali lagi saya tegaskan ini bukan Hikayat
Dongeng Doraemon Tahap Gaban, tetapi adalah hasil daripada kajian Ilmiah
oleh pakar dalam bidang yang sepatutnya. Rekod Mesir purba menyatakan
dengan jelas bahawa Tanah Punt terletak dibahagian timur Mesir. Untuk
lebih jelas lagi anda boleh membaca sendiri The Egyptian Book Of The
Death yakni sebuah buku sihir Mesir purba yang merupakan salah satu
barang ritual terpenting dalam upacara pemakaman Firaun. Dalam buku ini
ada menyatakan bahawa Punt bukanlah sebuah negeri sahaja tetapi adalah
sekumpulan beberapa buah negeri atau kawasan di sebelah timur. Namun
begitu tidak dijelaskan secara tepat dimana letaknya Punt tersebut.
Sebuah lagi karya Mesir purba yang ada menyebut tentang Punt adalah The
Shipwrecked Sailor. Dalam karya ini ada dinyatakan bahawa raja Punt
adalah pemerintah kawasan Pulau dan bukan sebuah daratan besar seperti
Afrika mahupun Amerika. Ukiran di dinding kuil ratu Hatshepsut ada
menunjukkan bahawa Punt terletak dikawasan persimpangan jalan
perdagangan beberapa tamadun besar dunia. Kenyataan ini mengukuhkan lagi
teori Nusantara kerana Nusantara sememangnya berada di persimpangan
jalan perdangangan beberapa tamadun besar seperti India dan China!
Kuil Ratu Harshepsut
Ukiran kuil tersebut juga ada memaparkan barang dagangan dari Punt ,
antaranya ialah kemenyan dan emas. Punt dikatakan kaya dengan ‘asem’ .
Asem adalah panggilan orang Mesir purba terhadap sejenis bongkah emas
yang berbentuk bulat seperti donut yang merupakan produk Punt sendiri.
Hal ini bermakna Punt adalah sebuah pusat perdagangan yang besar dan
penting pada zaman tersebut. Selain itu perkataan ‘asem’ atau gegelang
emas Punt lansung tidak dapat dikaitkan dengan teori-teori lain kerana
setelah dikaji, Charles Jones mendapati tidak ada perkataan asem dalam
bahasa-bahasa lain, namun perkataan asem ada dalam bahasa Melayu! Asem
merujuk kepada sifat logam iaitu asid atau berasid yakni masam. Menurut
Charles Jones emas pada zaman dahulu juga dipanggil sebagai asem oleh
masyarakat Nusantara kerana sifat logam tersebut (E-mas+sam=masam).
Sehingga hari ini dalam bahasa indonesia perkataan asid diganti dengan
asam contohnya asam nitric ,asam hidrokloric dan sebagainya. Teringat
saya kepada seorang pengamal perubatan alternatif yang pernah
memberitahu saya bahawa ada hikmahnya mengapa Allah melarang lelaki
memakai emas. Menurutnya emas sifat semulajadinya adalah sangat asid
atau masam, ianya boleh menjejaskan kesihatan lelaki terutama kesihatan
seksual. Badan lelaki tidak dapat meneutralkan asid pada emas berbanding
badan wanita katanya.
Adakah begini rupa bentuk gegelang emas atau Asem yang diperdagangkan oleh pendudul punt dengan Mesir?
Atau begini bentuknya?
Tambahan lagi, teori Nusantara juga lebih kukuh adalah kerana faktor
masa. Apa yang saya maksudkan adalah masa perjalanan ekspedisi
perdagangan kapal ratu Hatshepsut ke tanah Punt. Mengikut catatan Mesir
purba, tujuan utama pelayaran tersebut adalah untuk menerokai
kawasan-kawasan luar Mesir dan juga untuk berdagang. Hatshepsut telah
mendapat arahan daripada tuhannya Amon melalui Oracle atau perantara (
samaada kebetulan atau tidak dalam upacara Oracle consultation atau
“menurun” ini antara ritual utamanya adalah pembakaran kemenyan…adakah
anda pernah melihat bagaimana bomoh atau dukun-dukun Nusantara menurun?
Apakah yang mula-mula mereka lakukan? YA..membakar kemenyan) yang
menyuruhnya menjalankan eksplorasi perdagangan tersebut sebagai
menunjukkan ketaatannya kepada tuhan sebagai pemerintah baru. Setelah
sampai ke tanah Punt , wakil Ratu Hatshepsut iaitu Nehesi telah bertemu
dengan pemerintah Punt yang bernama PEREHU. Pernah dengar nama ini?
Macam pernah je kan? Adakah kebetulan nama Perehu ini sama dengan
panggilan orang Melayu terhadap kenaikan air mereka iaitu Perahu?Nak
tahu baca ATBM…:)
Bomoh sedang membakar kemenyan.
Pembakaran kemenyan oleh masyarakat Mesir purba.
Kapal dagang ratu Mesir tersebut telah kembali semula dengan selamat
pada tahun ke Sembilan pemerintahan baginda. Tempoh waktu yang begitu
lama diambil oleh pasukan ekspedisi ini untuk berlayar pergi dan balik
dari tanah Punt adalah mustahil sekiranya tanah Punt adalah di Afrika
seperti satu teori yang menyatakan bahawa ianya berada di Somalia atau
Eritrea. Somalia dan Eritrea adalah sebuah negeri yang amat dekat dengan
Mesir. Malahan Hatshepsut tidak perlu susah-susah hendak menyediakan
kapal dagang yang serba canggih pada zaman tersebut untuk berlayar ke
Somalia atau Eritrea, cukup sekadar berjalan kaki atau berkuda dan
berkeldai sahaja boleh sampai. Malahan tidak perlu sampai bertahun-tahun
perjalanannya! Selain itu jika benar tanah Punt adalah somalia atau
Eritrea ianya tidak mungkin menjadi sebuah upacara khas yang memerlukan
konsultasi daripada Oracle, kerana hubungan perdagangan diantara Mesir
dengan negara-negara Afrika yang lain adalah perkara biasa dan memang
sentiasa berjalan sejak zaman berzaman sebelum pemerintahan Hatshepsut
lagi.
Lihat jarak dan kedudukan Somalia dan Eritrea serta Yaman. Ianya sangat
dekat dengan Mesir dan tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk
berlayar kesana.
Nehesi bertemu dengan Raja Perehu dan Permaisuri Hati.
Selain faktor masa, faktor jarak juga menjadi satu lagi petunjuk. Pada
zaman pertengahan, kapal-kapal Pak Arab dari Oman dan Yaman sering
berlayar sejauh empat ribu batu nautika ke Sumatera dalam tempoh masa 55
hari sahaja. Kapal-kapal Arab ini adalah diperbuat daripada kayu yang
dijalin dengan tali. Dengan tiga buah layar, kapal ini mampu untuk
berlayar dan mengharungi ombak besar dilautan luas dan angin yang tidak
menentu di lautan Hindi dan laut China selatan. Perjalanan balik
kapal-kapal ini mungkin telah melalui kepulauan Maldives sehingga sampai
ke pesisir pantai Somalia dengan mengikut arus laut. Oleh sebab itu
adalah tidak mustahil sekiranya kapal Mesir purba memerlukan masa yang
lebih lama untuk sampai ke Nusantara terutama jika kita perkirakan
teknologi perkapalan pada zaman tersebut yang mungkin terkebelakang
sedikit berbanding kapal tiga layar buatan kayu yang dimiliki oleh
pak-pak Arab pada zaman pertengahan. Jadi, masa beberapa tahun itu
adalah munasabah sekiranya kita kira waktu mereka berada di Tanah Punt
atau singgah dimana-mana tempat lain atau samaada mereka meneruskan
perjalanan sehingga ke penghujung Nusantara yakni sehingga ke Maluku
atau pesisir pantai utara Australia mungkin. Hal ini kerana terdapatnya
jumpaan tulisan Hieroglif Mesir purba terukir di celah-celah batu di
Australia. Namun itu cerita lain, saya tidak mahu menyentuh banyak
mengenainya. Biar cik xxx yang arif menyentuhnya…;)
Dhow Arab
Jika kita bandingkan kapal Mesir purba yang berlayar ke tanah Punt
dengan kapal pedagang arab pada zaman pertengahan, maka sudah tentu
kalah kapal Mesir. Kapal Mesir purba yang dihantar oleh Hatshepsut
tersebut adalah diperbuat daripada kayu tetapi hanya mempunyai sebuah
layar sahaja. Kapal yang digunakan oleh orang Mesir purba ini adalah
contoh prototaip kapal awal yang sama pembuatannya dengan kapal zaman
logam akhir. Oleh sebab itu keupayaanya untuk bergerak dengan lebih laju
adalah terbatas. Ini dapat menjelaskan tempoh masa yang begitu lama
diambil untuk perjalanan pergi balik dari Mesir ke Punt.
Replika kapal Mesir Purba
Namun saya pasti ada diantara anda diluar sana yang masih ragu-ragu
dengan kenyataan ini. Masakan orang Mesir Purba yang hidup beribu tahun
dahulu boleh berlayar dengan selamat beribu-ribu batu, ahhh!…tak
percayalah aku! Orang dulu mana reti buat semua bende tu…otak diorang
tak setaraf otak orang zaman moden. Otak kitakan lebih kompleks dan
lebih berkembang, otak depa masih ditahap primitive! Mana boleh mencipta
kapal yang hebat dan canggih…karut aje. Adakah begitu fikiran anda?…:)
jika beginilah anggapan anda , bermakna anda bersetuju dengan teori
evolusi Darwin. Nampaknya pemikiran anda telah terperangkap dengan
pensekularan ilmu THH. Ini sangat bahaya, terutama kepada kita orang
Islam. Kita sebenarnya memperkecilkan ciptaan Allah jika kita menganggap
orang zaman dahulu adalah primitif dan bodoh. Kita seolah olah menghina
nabi-nabi terdahulu dan umat Mereka. Adakah kita tahu dan melihat
sendiri bahawa mereka itu primitive dan otaknya tidak berkembang. Dengan
izin Allah mungkin pada zaman dahulu sudah ada orang yang menjumpai
tenaga eletrik dan mencipta mentol lampu sebelum Thomas Edison. Dengan
izin Allah juga mungkin sudah ada manusia zaman purba yang telah
mencipta kereta hybrid, kapal terbang, enjin wap, microwave, senjata
nuclear, mahupun roket.
Adakah anda tidak percaya dengan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah?
Untuk pengetahuan anda , sebahagian besar daripada ciptaan-ciptaan hebat
pada zaman moden adalah hasil daripada kebetulan dan trial and error.
Adakah anda menganggap kebetulan ini tidak boleh berlaku pada zaman
silam? Mungkin pada 5 ribu tahun dahulu Mak Cik Ati sedang memasak gulai
tetapi secara kebetulan dia tersalah bubuh bahan maka jadilah Botox,
maka gembiralah Mak cik Ati dengan penemuan barunya kerana nak kelihatan
muda dan bergetah, lalu dijamahnya semua botox tersebut sehinggakan
seluruh badan jadi tembam dan menggeleber…:) Mungkin juga Pak Cik Perahu
tengah bermain Wau tetapi kemudian secara kebetulan petir menyambar
Waunya lalu mengalir arus eletrik ke badannya kerana dia memakai Potoh
Naga di lengan, maka tahulah dia akan arus eletrik yang dialirkan
logam…:)
Permaisuri Hati yang tembun…:)
Mungkin juga memang semua kemajuan teknologi yang kita sedang kecapi
sekarang sememangnya pernah digunakan oleh manusia pada zaman purba
tetapi tidak meluas. Mungkin hanya satu dua orang sahaja yang tahu.
Mungkin juga kerana manusia-manusia bijak yang mencipta pelbagai
teknologi tersebut telah dimusnahkan Allah. Ini semua tidak mustahil
tuan-tuan sekalian. Semuanya dengan izin Allah.
Geografi Nusantara juga saudara-saudari sekalian, adalah bersesuaian
dengan diskripsi tentang tanah Punt. Hasil bumi Nusantara kebanyakannya
dapat kita lihat dalam senarai barangan yang diperdagangkan dengan orang
Mesir purba di Punt. Satu daripada barang terpenting yang mendapat
permintaan tinggi para pedagang Mesir purba adalah Anti atau kemenyan
Punt. Untuk pengetahuan anda ukiran di dinding Kuil Ratu Hatshepsut ada
memperincikan tentang kemenyan dan pokoknya sekali. Setelah dikaji oleh
para sarjana, di dapati bahawa pokok kemenyan Punt adalah tidak sama
seperti pokok kemenyan dari Afrika mahupun Yaman. Kemenyan Afrika adalah
dari jenis Bosweilia yang memang banyak di kawasan Afrika dan Yaman.
Jadi kemenyan tersebut adalah kemenyan biasa yang memang telah digunakan
lama oleh masyarakat Mesir purba, mungkin juga ada ditanam di belakang
rumah mereka macam kita tanam serai…:) tetapi mengapa dalam gambar
ukiran di kuil tersebut para pengunjung Punt beria-ia mahu membeli
kemenyan Punt dan lansung membawa anak pokoknya sekali untuk dibawa
balik ke Mesir?
Kru kapal Mesir sedang mengangkut barang dagangan dari Punt untuk dibawa pulang ke Mesir
Ini membuktikan bahawa kemenyan Punt bukanlah kemenyan sembarangan! Ia
adalah kemenyan yang sangat berharga. Oleh sebab itu tidak mungkin Punt
berada di Afrika kerana tidak ada kemenyan jenis sebegitu wujud di sana.
Namun demikian kemenyan yang dipaparkan dalam ukiran itu memang wujud
di Nusantara, terutama di Sumatera! Selain kemenyan ada banyak lagi
barang dagangan Punt yang memang boleh didapati di Nusantara seperti
gading gajah, kayu keras, gaharu, cendana, kayu Manis, kulit kura-kura,
rempah ratus, bijih emas dan lain-lain.
Pokok kemenyan jenis ini banyak didapati di Afrika dan Yaman. Bentuknya berbeza dari lakaran pokok kemenyan Punt.
Di atas adalah kenyenyan jenis Lubban Jawi yang menjadi rebutan para
Firaun Mesir. Pokoknya rendang dan tinggi berbanding kemenyan Yaman.
Digambarkan juga bahawa penduduk Punt mempunyai pelbagai ragam warna
kulit dan puak. Ada diantaranya yang berkulit gelap, ada yang berkulit
kemerah-merahan dan ada yang berkulit perang kekuningan. Diskripsi ini
lebih mengukuhkan lagi teori Punt di Nusantara kerana demografi
Nusantara memang mempunyai diversiti pingmentasi kulit yang pelbagai.
Ada puak asli seperti Negrito yang hidup dalam hutan tebal berkulit
gelap dan berhidung pesek seperti puak Afrika, ada puak yang berkulit
kemerah-merahan mungkin orang Melayu yang berjemur di tengah sawah atau
disebabkan aktiviti kelautan. Ada juga yang berkulit kekuningan yang
mungkin menunjukkan suku-suku Melayu yang tinggal di kawasan tanah
tinggi dan bukit-bukau seperti orang Minang, Kerinci dan Rejang yang
kulitnya agak cerah termasuk juga orang Iban dan Dusun. Tambahan lagi
ada diantara mereka yang berjanggut, ada yang tidak, malahan cara
berpakaian mereka juga sedikit berbeza diantara satu sama lain. Tetapi
adalah agak sukar untuk saya gambarkan demografi sebegitu di Afrika
terutama di Somalia dan Eritrea kerana hampir kesemua penduduknya
berkulit hirang (Bahasa banjar…hehe) . Ini termasuklah yang tinggal di
kawasan tanah tinggi seperti di Etheopia.
Diatas adalah ukiran dinding yang menggambarkan rupa paras penduduk Punt.
Sesetengah unsur kebudayaan yang dipaparkan mengenai Punt dalam
ukiran-ukiran Mesir purba juga adalah bertentangan dengan unsur
kebudayaan Afrika tetapi lebih mirip kepada unsur kebudayaan Melayu.
Telah dikenalpasti bahawa gelang dan rantai yang dipakai oleh Perehu
raja Punt juga turut dipakai oleh beberapa puak di Afrika timur. Namun
demikian menurut kajian yang telah dijalankan, puak-puak Afrika yang
memakai gelang dan potoh seperti Perehu tersebut sebenarnya telah
mendapat pengaruh daripada satu budaya dan tamadun lain. Anda tahu dari
mana mereka mendapat pengaruh pemakaian gelang ini? Mereka sebenarnya
telah mendapatnya daripada kita, iaitu suku rumpun Melayu. Mungkin anda
tertanya bagaimana pulak kita boleh mepengaruhi puak-puak Afrika
tersebut? Jawapannya ada di Pulau Madagaskar! Bagi anda yang tidak tahu,
sebenarnya kajian tentang kolonialisasi bangsa Melayu terhadap
kepulauan Madagaskar sebenarnya telah diterima ramai sarjana Barat dan
tempatan. Sejak beribu-ribu tahun dahulu didapati berlakunya peghijrahan
suku kaum Melayu dari Nusantara ke pulau Madagaskar dan pantai Timur
Afrika. Jika teori ini telah diterima, mengapa susah sangat untuk kita
terima bahawa orang Melayu telah sampai ke Mesir atau orang Mesir telah
sampai ke Nusantara? Jarak diantara Mesir dengan pantai Timur Afrika
atau Madagaskar bukan pun jauh sangat jika dibandingkan dengan jarak
perjalanan dari Nusantara ke Madagaskar. Cuba anda fikirkan.
Di Madagaskar ada satu puak yang dominan menguasai pemerintahan walaupun
mereka bukan majoriti sejak beribu-ribu tahun. Nama puak itu adalah
Malagasy. Puak Malagasy sebenarnya adalah keturunan para penghijrah
Nusantara beribu-ribu tahun dahulu. Bahasa mereka masih mengekalkan
beberapa ciri bahasa Melayu. Dan jika anda masih sangsi lagi dengan
supremasi Ruling Class Melayu, mereka boleh dijadikan contoh yang nyata.
Puak Malagasy adalah kaum pertama yang mewujudkan sistem pemerintahan
berpusat atau bernegeri di Madagaskar dan mereka bertindak sebagai
pemerintah atau Lord kepada puak-puak Afrika kulit hitam lain yang
terdapat di pulau tersebut. Mereka bukan sahaja memperkenalkan
pemakaiian gelang dan potoh kepada puak-puak Afrika, malahan juga
memperkenalkan tanaman ubi keledek, pisang, kelapa dan padi kepada
masyarakat di Afrika Timur, tak lupa juga permainan Congkak serta alat
musik.
salah seorang Ratu Madagaskar Dinasti Merina Malagasy, Ranavalona II.
Tambahan lagi rantai yang dipakai oleh isteri Perehu iaitu Hati
mempunyai banyak persamaan dengan rantai-rantai yang dipakai oleh suku
kaum di Nusantara terutama di Borneo seperti Iban dan Dusun. Malahan
sebenarnya rantai itu ada mirip bentuk rantai yang dipakai oleh
pengantin Melayu. Ditambah lagi dengan pemakaian senjata yang disisip di
pinggang Perehu. Saya tidak mahu membuat spekulasi bahawa ianya Keris,
namun cara pemakaian senjata sebegini sebenarnya tidak dipraktikkan oleh
Masyarakat Mesir purba mahupun Afrika. Anda Nampak sekarang apa yang
cuba disampaikan
Selain itu dalam pemerhatian saya, ada satu lagi kelainan yang
terdapat pada lukisan orang-orang Punt di dinding-dinding kuil Mesir
purba. Jika dilihat dengan teliti semua orang Punt mempunyai lilitan di
kepala mereka dan ini termasuklah dengan Permaisuri Hati. Tambahan lagi
ramai daripada pengikut Hati dan Perehu yang berada di belakang dalam
ukiran tersebut memakai rantai dan gelang. Rantai- rantai itu seperti
juga yang dipakai oleh Hati dan Perehu mempunyai cantuman-cantumah
berbetuk bulat. Adakah anda perasan bahawa semua suku kaum Rumpun Melayu
di Nusantara ini pasti mempunyai headgear atau lilitan kepala
masing-masing! Yang Melayu dengan tengkolok dan semutarnya, yang Jawa
dengan blangkonnya yang Dayak, iban dan banyak lagi suku-suku lain
dengan ikatan manik dan sebagainya. Cara ikatan yang diperlihatkan dalam
ukiran tersebut juga jelas menunjukkan ia adalah sejenis fabrik atau
sesuatu yang boleh lentur. Hal ini kerana kita dapat melihat ada
simpulan dibelakang kepala mereka yang menunjukkan ianya diikat di
kepala.
Perhatikan rantai yang dipakai Permaisuri Hati dan juga lilitan kepala
para pengikut mereka di belakang. Dalam lakaran yang sama juga ada
dipaparkan Asem atau gegelang emas Punt yang menjadi barang dagangan
utama tanah Punt dengan Mesir.
Perhatikan perhiasan suku kaum Dusun ini. sebahagian besar daripada
perhiatan mereka adalah diperbuat daripada kepingan-kepingan logam
berbentuk bulat seperti yang dipakai Hati.
Lihat pula rantai yang dipakai wanita suku kaum Rejang ini.
Perhiasan suku kaum di Sabah.
Senibina rumah penduduk Punt juga memberikan petunjuk bahawa Afrika
bukanlah tanah misteri tersebut. Rumah Punt berbentuk agak pelik bagi
masyarakat Afrika dan Mesir. Namun demikian ia bukanlah bentuk yang
asing di Nusantara. Rumah Punt berbentuk circular atau bulatan.
Sememangnya ada puak-puak di Afrika yang mempunyai rumah sebegini, namun
yang membezakan rumah Punt dengan rumah Afrika adalah ianya mempunyai
kaki atau tiang-tiang tinggi dibawahnya seperti kebiasaan rumah-rumah
Melayu. Lantainya pula diperbuat daripada papan dan tinggi tiangnya
dikatakan lebih kurang 6 kaki. Atap rumah dijangkakan diperbuat daripada
daun-daun yang seakan-akan buluh. Rumah ini juga ada tangga yang menuju
ke pintu rumah yang kecil. Anda boleh menjumpai rumah-rumah sebegini
dengan banyak di Nusantara walaupun mungkin segi empat.Tetapi ciri-ciri
lain seperti bertangga dan tingginya enam kaki adalah indikasi yang
besar menunjukkan bahawa ia sejenis rumah Melayu awal. Memang kebanyakan
rumah Melayu, 6 kaki adalah ukuran standart yang membolehkan orang
melakukan aktiviti dibawahnya. Malahan jika anda pergi ke Maluku dan
Papua atau ke pulau-pulau terpencil di Indonesia anda sebenarnya masih
dapat melihat rumah berbentuk bulatan sebegini. Menurut sarjana barat,
bentuk rumah sebegini adalah prototaip rumah tertua di Nusantara.
Rumah Punt.
Adakah secara kebetulan Rumah suku Bidayuh adalah satu-satunya rumah
suku kaum di Borneo yang berbentuk bulat? Lihat beberapa persamaan
diantara rumah suku Bidayuh ini dengan rumah Punt.
Rumah suku kaum di Sumbawa.
Di atas adalah rumah suku kaum di Papua.
Satu ukiran purba di makam seorang pegawai kepada Firaun Thutmose III
yang bernama Min ada memaparkan lawatan pelayar dari Punt yang datang ke
Mesir menggunakan sejenis kenaikan air atau bot yang aneh. Ada
dikalangan sarjana yang membuat spekulasi bahawa ianya adalah sejenis
rakit namun dakwaan itu kabur. Berkemungkinan ianya diakibatkan daripada
kesilapan pelukis atau pengukir dinding tersebut. Mungkin pelukis itu
tidak pernah melihat sendiri bagaimana rupa bentuk sebenar kapal
tersebut dan hanya memberikan gambaran kasar. Mungkin juga lukisan itu
berbentuk satu dimensi. Apa yang dilihat mungkin berbeza dari reality
sebenar. Dari kajian yang dilakukan oleh Charkes Jones, beliau mendapati
ciri-ciri kapal tersebut adalah sama dengan rupa bentuk perahu orang
Melayu Nusantara. Bentuk layarnya juga adalah sama seperti layar perahu
Melayu awal yang pernah digunakan oleh nenek moyang kita untuk
mengembara keseluruh kepulauan Melayu dan Pasifik.
Diatas adalah lakaran kapal dari Punt yang datang ke Mesir.
Last but not least, bukti yang menunjukkan bahawa sememangnya ada
kesinambungan hubungan diantara Melayu Nusantara dengan Masyarakat Mesir
purba adalah dengan jumpaan tulisan-tulisan purba yang lansung tidak
diketahui dari mana asal usulnya di beberapa tempat di Nusantara. Jika
anda membaca buku History of Java tulisan Stamford Raffles maka anda
akan menemui salinan daripada transkrip batu-batu bersurat serta
manuskrip purba yang dijumpai oleh beliau. Apa yang menariknya adalah
sebahagian besar daripada tulisan-tulisan ini adalah tidak boleh dibaca
sehingga sekarang. Ada sarjana yang berpendapat bahawa tulisan-tulisan
tersebut adalah tulisan Sanskrit atau Pali. Namun setelah disuakan
kepada pakar tulisan Sanskrit dan Pali mereka juga mengatakan bahawa ia
bukan tulisan tersebut. Malahan aksaranya berlainan sekali dengan
aksara-aksara keindiaan yang banyak mempengaruhi tulisan-tulisan Melayu
klasik seperti Kawi dan Jawa Kuno. Apakah jenis tulisan itu? Mengapa ia
begitu misteri sekali sehinggakan pakar-pakar bahasa di London tidak
dapat menafsirkannya?
Diatas adalah tulisan misteri yang dipaparkan dalam buku Raffles. Terdapat banyak ciri Phoenecian dalam karakternya.
Setalah dikaji oleh pakar-pakar bahasa dan termasuk Charles Jones
sendiri, maka telah dapat dikenalpasti bahawa tulisan-tulisan tersebut
sebenarnya adalah dalam kategori tulisan Phoenecia dan ibrani kuno. Apa
yang menggemparkan para sarjana ini adalah tulisan rencong yang
digunakan oleh suku Rejang, Kerinci dan Melayu Jambi juga mempunyai
persamaan yang sangat banyak sekali dengan tulisan Phoenecia dan Ibrani
kuno. Kajian yang dibuat mengenai tulisan-tulisan suku-suku Melayu
Sumatera yang lain juga seperti suku Batak turut mendapati ianya berada
dalam kelompok yang sama iaitu Pheonecian. Bagaimana tulisan orang
Pheonecian yang bertapak di kawasan Syria, Palestin, dan Lebanon boleh
berada beribu batu jauhnya di Nusantara? Menurut Charles Jones, 15
daripada aksara misteri yang dipaparkan dalam buku raffles tersebut
adalah berada dalam variasi aksara Phonecian.
Aksara Rejang.
Dalam buku yang sama juga Raffles ada memaparkan tulisan purba misteri
yang berbentuk Demotic. Charles Jones telah membandingkan tulisan
misteri berbentuk Demotic tersebut dengan tulisan Demotic Mesir purba
dari kurun ke 3 hingga ke 7 sebelum Masihi. Hasilnya adalah amat
mengejutkan! Sembilan belas daripada aksara tulisan misteri tersebut
adalah sepadan dengan sistem aksara Demotic Mesir Purba! Semua ini jelas
menunjukkan bahawa sememangnya suatu ketika dahulu para pedagang dan
pelaut dari Mesir purba dan negeri-negeri berdekatan dengannya terutama
Pheonecian pernah sampai ke Nusantara dan berinteraksi dengan orang
Melayu purba. Malahan bukan itu sahaja, pelaut dan pedagang dari tanah
Punt atau Nusantara juga pernah sampai ke Mesir dengan kapalnya sendiri.
Ini belum lagi jika saya kemukakan kajian-kajian daripada pakar-pakar
bahasa seperti Jaspen yang berjaya menemui banyak perkataan-perkataan
Mesir purba dalam kosakata bahasa Melayu Rejang dan Melayu Standart,
contohnya Mata Hari atau Maat Heru, Baal atau Bala, prah atau perahu dan
banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kajian ini sila baca ATBM
sahaja ok…:)
Tulisan misteri yang dijumpai di Indonesia yang mempunyai banyak persamaan dengan tulisan Demotic Mesir Purba.
Di atas adalah contoh tulisan Demotic daripada sebuah manuskrip Mesir
purba. Cuba anda padankan mana-mana aksara yang berbentuk hampir serupa
dengan tulisan misteri sebelumnya.
Satu lagi tulisan misteri yang dijumpai di Bogor yang mempunyai ciri-ciri tulisan Phoenecian dan Demotic.
Secara kesimpulannya kajian-kajian yang telah dikemukakan ini sekaligus
mengukuhkan lagi teori yang menyatakan bahawa Tanah Punt adalah berada
di Nusantara. Jika ini benar , bermakna leluhur tamadun Mesir purba juga
berkemungkinan berasal dari Nusantara kerana menurut Masyarakat Mesir
purba, nenek moyang mereka berasal dari Punt dan Tuhan-tuhan mereka juga
berasal dari Punt, seperti Horus, Osiris, Seth dan Isis. Mereka percaya
bahawa tuhan-tuhan mereka ini pada suatu masa dahulu adalah manusia
biasa. Adakah mereka ini berbangsa Melayu Nusantara? Wallah hu a’lam.